Edisi 257: Kembara Yuna & Dunia

Kembara Yuna & Dunia

Yuna dalam persalinan Winkstick

 

Dan sekali lagi, tahun ini, Yunalis atau lebih popular dengan nama komer­sialnya, Yuna, membuktikan keutuhan dirinya sebagai komposer berbakat, apa­bila lagu ciptaannya, “Penakut” berjaya merangkul dua anugerah utama pada Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau membawa trofi Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi “Pena­kut” serta Anugerah Kembara atas penca­paian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

Barangkali bagi seorang Yuna yang sentiasa didampingi sukses dalam ke­hidupannya, tentu ada yang menjangka artis kelahiran Alor Setar, Kedah tang­gal 14 November 1986 ini seorang yang egois, berlagak atau pun som­bong apatah lagi namaya sudah ber­jaya merentasi sempadan antarabangsa.


Edisi 257: Kembara Yuna & Dunia
Dapatkan Sekarang di Pasaran Edisi Bulan Ini